top of page

لماذا ندرس اللغة العربية؟

  • Oct 12, 2015
  • 1 min read

Dalam permulaan belajar bahasa arab kita mestilah kena tanamkan minat dalam diri kita untuk belajar bahasa arab, bagaimanakah kita ingin tanam minat dalam diri kita? Mula-mula kita mesti tahu apakah kelebihan bahasa arab, apakah manfaat yang kita perolehi jika kita tahu berbahasa arab, dan kita kena tahu berapa pentingkah bahasa arab dalam agama islam.

Kepentingan belajar bahasa arab:

1) Dua dasar ilmu syriat islam(Al-Quran & Al-Sunnah) adalah ditulis dalam bahasa arab.

2) 90% amal ibadat kita adalah dalam bahasa arab, seperti: bacaan dalam solat, zikir-zikir dan doa-doa harian. Jika kita tidak memahami apa yang kita baca, apa yang kita zikir, apa yang kita doa maka kita tidak akan bersungguh-sungguh dalam melakukan perkara tersebut, kerana kita tidak mampu untuk menghayatinya.

3) Kita juga dituntut mentadabbur(memahami) makna-makna Al-Quran apabila kita membacanya. bagaimana kita mampu untuk mentadabbur jika tidak memahami bahasa arab, melainkan kita baca melalui tafsir..

4) Kebanyakan kitab-kitab ilmu agama yang besar-besar adalah dikarang dalam bahasa arab, dan jika ianya diterjemahkn ke dalam bahasa melayu ianya tetap tidak sama seperti yang dikarang dalam bahasa arab, ini kerana bahasa arab adalah bahasa yang penuh dengan makna-makna yang tinggi yang tidak dapat diterjemah ke dalam bahasa lain.

5) Bahasa arab juga sangat-sangat diperlukan dalam alam pengajian kita umat islam, kerana kita dari kecil lagi sudah diajar subjek-subjek yang bersangkut paut dengan bahasa arab, seperti: ilmu tauhid, tajwid, dan sebagainya,

Oleh yang demikian maka wajarlah kita memandang pentingnya bahasa arab dalam kehidupan seharian kita....

 
 
 

Comments


أحب لغة الجنة
Search By Tags
Recent Posts
  • Google+ Black Round
  • Facebook Black Round
  • Twitter Black Round

© 2023 by Parenting Blog

Proudly created with Wix.com

500 Terry Francois St. San Francisco, CA 94158

info@mysite.com

Tel: 123-456-7890

Fax: 123-456-7890

bottom of page